Majlis Pelancaran Pelaksanaan ISO 21001:2018 EOMS

| PRO UniSHAMS | Berita

Kuala Ketil, 28 Mac 2023 - Yang Berbahagia Naib Canselor telah menyempurnakan majlis Pelancaran Pelaksanaan ISO 21001:2018 Educational Organizations Management System (EOMS), di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah.

Majlis anjuran Pusat Jaminan Kualiti (PJK) bermula pada jam 9:30 pagi, dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif serta semua staf UniSHAMS. Naib Canselor dalam ucapan perasmiannya, merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penyediaan dokumen ISO 21001:2018 EOMS.

Beliau turut menyeru agar usaha seumpama ini dapat diteruskan bagi mendapatkan pengiktirafan-pengiktirafan baharu daripada badan-badan profesional lain yang dilihat mampu memberikan nilai tambah kepada UniSHAMS.

Sempena majlis tersebut, Yang Berbahagia Naib Canselor turut menyampaikan gegantung pelancaran pelaksanaan ISO 21001:2018 EOMS kepada wakil-wakil KPB dan Sijil Penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat.

Sustaining Knowledge Through Wisdom


Owned and Governed By:

Kedah Darul Aman
State Government

unishams-logo

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

جامعة السلطان عبد الحليم معظم شاه الإسلاميه العالمية

Formerly known as Kolej Universiti INSANIAH

Universiti Islam Antarabangsa
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman

Tel: +60 4415 5000
Fax: +60 4415 5050
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Follow Us

Privacy Policy | Disclaimer | Security Policy | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

2022 © All rights reserved. Powered by BTM.