Majlis Kesyukuran Sempena Kelulusan Pembaharuan Perakuan Pendaftaran Universiti, Sambutan Ramadhan 1444h Dan Amanat Naib Canselor 2023

| PRO UniSHAMS | Berita
Kuala Ketil, 14 Mac 2023 - Majlis kesyukuran sempena kelulusan pembaharuan Perakuan Pendaftaran Universiti, sambutan Ramadhan 1444H dan Amanat Naib Canselor 2023 telah berlangsung dengan jayanya, bertempat di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah, UniSHAMS.
YBhg. Naib Canselor telah menyempurnakan amanat tahun 2023 dengan pembentengan berkaitan pencapaian tahun 2022, isu dan cabaran, serta hasrat mencorak kejayaan yang lebih cemerlang untuk tahun 2023 kepada semua staf yang hadir.
 
Terdahulu, majlis telah dimulakan dengan bacaan Yasin yang telah dipimpin oleh YBrs. Dr Mohd Syauqi Arshad, Dekan Kulliyyah Bahasa Arab, UniSHAMS. Satu sesi tazkirah Ramadhan turut disampaikan oleh YBrs. Ustaz Mohamad Ridhauddin Mohd Salleh, Pensyarah Kulliyyah Syariah & Undang-Undang, UniSHAMS.
 
YBhg. Naib Canselor seterusnya menyampaikan Sijil Penghargaan kepada 30 orang ketua KPB di atas sumbangan menjayakan proses permohonan pembaharuan Perakuan Pendaftaran Universiti.
 
Selain itu, majlis pelancaran Portal Staf UniSHAMS telah disempurnakan oleh YBhg. Naib Canselor. Portal ini akan menjadi medium utama yang bakal memberikan kemudahan kepada staf UniSHAMS dalam urusan seharian.
Untuk makluman, UniSHAMS telah menerima kelulusan pembaharuan Perakuan Pendaftaran Universiti untuk tempoh lima (5) tahun, bermula pada 5 Februari 2023 hingga 4 Februari 2028.
  • Home
  • Campus
  • Media Centre
  • News
  • Majlis Kesyukuran Sempena Kelulusan Pembaharuan Perakuan Pendaftaran Universiti, Sambutan Ramadhan 1444h Dan Amanat Naib Canselor 2023

Sustaining Knowledge Through Wisdom


Owned and Governed By:

Kedah Darul Aman
State Government

unishams-logo

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

جامعة السلطان عبد الحليم معظم شاه الإسلاميه العالمية

Formerly known as Kolej Universiti INSANIAH

Universiti Islam Antarabangsa
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman

Tel: +60 4415 5000
Fax: +60 4415 5050
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Follow Us

Privacy Policy | Disclaimer | Security Policy | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

2022 © All rights reserved. Powered by BTM.