Deprecated: htmlspecialchars(): Passing null to parameter #1 ($string) of type string is deprecated in /var/www/vhosts/unishams.edu.my/httpdocs/modules/mod_search/mod_search.php on line 44
PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PERCUMA BIASISWA UniSHAMS (Yuran pengajian dan pentadbiran PERCUMA kecuali yuran asrama. Tertakluk kepada terma & syarat)
Antara syarat-syarat permohonan skim:
Pelajar program Asasi UniSHAMS sahaja.
WARGANEGARA
Biasiswa UniSHAMS Percuma ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kemasukan program Asasi UniSHAMS.
Pelajar Asasi ditawarkan Biasiswa UniSHAMS untuk 3 semester melibatkan: yuran pendaftaran, yuran pengajian dan yuran pentadbiran kecuali yuran asrama yang akan ditanggung oleh pelajar.
Penstrukturan yuran pelajar Asasi dan insentif pembiayaan Biasiswa UniSHAMS akan bermula pada semester 1 tetapi kelayakan manfaat Biasiswa UniSHAMS bagi semester 2 mengambil kira pencapaian Pencapaian Purata Matagred Semester (PMS) pada semester 1 dan kelayakan manfaat Biasiswa UniSHAMS bagi semester 3 mengambil kira pencapaian PMS pada semester 2.
Jadual insentif pembiayaan seperti berikut:
Semester yang dibiaya
Keputusan semester yang diambil kira
Pencapaian Purata Mata pelajaran Semester 1 dan 2
Yuran Pendaftaran (RM250)
Yuran Pengajian (RM5455)
Yuran Pentadbiran (RM265)
Yuran Asrama (RM480) 1 sem
1
Tiada
Tiada
-
Dibiaya
Dibiaya
Tidak Dibiaya
2 dan 3
1 dan 2
3.00 - 4.00
-
Dibiaya
Dibiaya
Tidak Dibiaya
2.00 - 2.99
-
Dibiaya
Tidak Dibiaya
Tidak Dibiaya
1.99 dan kebawah
-
Tidak Dibiaya
Tidak Dibiaya
Tidak Dibiaya
Nota : Pelajar hanya ditawarkan Biasiswa UniSHAMS untuk 3 semester sahaja.
Pelajar yang mendapat Skim Pendidikan Percuma juga perlu memastikan mereka tidak terlibat dengan kesalahan tatatertib bagi mengelakkan Biasiswa UniSHAMS ditarik balik dan pelajar perlu membayar semula semua kos yang telah dibelanjakan.
Pelajar yang menerima Biasiswa UniSHAMS WAJIB meneruskan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda sehingga tamat di UniSHAMS. Sekiranya gagal berbuat demikian maka pelajar perlu membayar semula semua kos yang telah dibelanjakan.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pejabat Pengajian Asasi UniSHAMS di talian 04-4155561/5562