Skip to main content

Program Asasi Sains

(R3/0011/3/0124) (23/3/2029) (MQA/FA1687)

Syarat Kemasukan

Bagi pelajar yang akan menyambung pengajian ke Program Pengajian Ijazah Pertama dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi:

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik/ Matematik Tambahan dan satu mata pelajaran lain; ATAU
  2. Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik/ Matematik Tambahan dan satu mata pelajaran lain; ATAU
  3. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dan diperakukan oleh Senat Universiti dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Bagi pelajar yang akan menyambung pengajian ke Program Pengajian Ijazah Pertama selain bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi:

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam lima mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Matematik, mana-mana dua mata pelajaran Sains dan satu mata pelajaran lain; ATAU
  2. Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam lima mata pelajaran termasuk Matematik dan mana-mana dua mata pelajaran berkaitan Sains (Fizik, Kimia, Biologi) dan dua mata pelajaran lain; ATAU
  3. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dan diperakukan oleh Senat Universiti dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

 

Yuran Pengajian

Anggaran Jumlah Yuran
(Pelajar Tempatan)
RM 6,255*
Anggaran Jumlah Yuran

(Pelajar Antarabangsa)

RM 7,135**

*Termasuk yuran pendaftaran RM660.00. Tidak termasuk deposit & yuran asrama. Perubahan yuran tertakluk kepada pengurusan universiti tanpa sebarang notis.

**Termasuk yuran pendaftaran sebanyak RM660.00. Tidak termasuk deposit, yuran visa, yuran asrama, bon & kos sara hidup. Yuran tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal oleh pihak universiti.

Semua maklumat yang dikemukakan adalah tertakluk kepada perubahan

Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan