LZNK dengan sukacitanya sedang mencari pelajar asnaf miskin lepasan SPM yang berkelayakan dan ingin melanjutkan pelajaran dengan tajaan ke peringkat Matrikulasi 𝐔𝐧𝐢𝐒𝐇𝐀𝐌𝐒 bagi sesi kemasukan 𝐉𝐮𝐧 & 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓.
Apa kelebihan tajaan ini ?
Pelajar yang layak temuduga dan tapisan akan menerima tajaan seperti berikut :
✓ 𝐘𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧
✓ 𝐘𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐬𝐫𝐚𝐦𝐚
✓ 𝐄𝐥𝐚𝐮𝐧 𝐒𝐚𝐫𝐚 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩
Penerima tajaan ini juga berpeluang menerima Tajaan Pendidikan LZNK diperingkat Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMS (Menunjukkan prestasi yang baik dalam pengajian diperingkat ASASI).
Kemasukan ke UniSHAMS akan diuruskan oleh LZNK selepas lulus temuduga dan disahkan menerima Tajaan LZNK.
Semua Bidang Pengajian diperingkat Asasi di UniSHAMS adalah layak untuk dipilih dengan memohon kemasukan ASASI seperti berikut :
Kepada seluruh ahli masyarakat, jika bertemu dengan golongan asnaf miskin yang berkelayakan, jom bantu mereka untuk dapatkan peluang tajaan pengajian dibawah asnaf miskin ini.
Peringatan
Setiap pemohonan dibuat secara atas talian
Tarikh Tutup Permohonan?
𝟑𝟏 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓
Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga