Bahagian Pembangunan
dan Penyenggaraan
-
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah -
Emel :
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pengenalan
Jabatan Pembangunan Kolej Universiti INSANIAH pada asalnya diwujudkan bagi memantau kerja- kerja pembinaan kampus tetap Kolej Universiti INSANIAH yang baru di Kuala Ketil pada tahun 2008. Jabatan ini pada mulanya beroperasi di Kampus Sungai Petani sebelum berpindah ke Kampus Mergong pada tahun 2009. Pada tahun 2013, Jabatan Pembangunan telah berpindah ke pejabat tetap di Kampus Kuala Ketil dan dinamakan sebagai Bahagian Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP). Sehingga kini, JPP mempunyai tiga bahagian yang menjalankan kerja-kerja pembangunan dan penyenggaraan di dua kampus iaitu Kampus Kuala Ketil dan Kampus Mergong.
Menjadi sebuah jabatan yang sentiasa dilindungi Allah S.W.T. dalam usahanya menguruskan pembangunan fizikal dan penyenggaraan kampus bagi menjadikan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Menjadi sebuah jabatan yang sentiasa dilindungi Allah S.W.T. dalam usahanya menguruskan pembangunan fizikal dan penyenggaraan kampus bagi menjadikan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
- Menguruskan pembangunan kampus dan projek – projek mengikut spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan.
- Menyediakan kemudahan asas infrastruktur dan perkhidmatan yang baik dan efisien bagi memenuhi keselesaan warga universiti.
- Menyenggara kemudahan infrastruktur, bangunan, persekitaran, elektrikal dan mekanikal ke tahap yang optimum