
UniSHAMS Strategic
Bahagian Strategik dan Penarafan Institusi
-
Aras 1
Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah -
04-499 1183
-
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pusat Strategik dan Penarafan Institusi (Pusat SPI) pada asalnya dikenali sebagai Unit Perancangan Strategi Institusi (Unit PSI) dan telah diwujudkan pada 1 Jun 2020 di bawah pejabat Naib Canselor.
Objektif utama unit ini ditubuhkan adalah untuk pembentukan Pelan Strategik Universiti 2021 – 2035. Pada April 2021, pengurusan Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia SETARA telah diserahkan sepenuhnya di bawah unit PSI bagi merancang, menyemak dan menambahbaik penarafan SETARA.
Manakala, pada 1 Januari 2022, unit PSI telah dinaik taraf sebagai Pusat Strategik dan Penarafan Institusi (Pusat SPI) bagi memperkasakan SETARA, pelan strategik UniSHAMS 2021-2035 dan ditambah dengan fungsi menyelaras sistem e-IPTS dan audit universiti.
Dibawah pandu arah Pusat SPI UniSHAMS, terdapat lima (5) tonggak utama strategik yang merangkumi Tonggak Kecemerlangan Akademik, Tonggak Kecemerlangan Pelajar, Tonggak Kelestarian Kewangan, Tonggak Kelestarian Institusi, dan Tonggak Tadbir urus yang baik. Fungsi 5 tonggak utama ini adalah sebagai pemacu dalam memastikan perancangan dan hala-tuju UniSHAMS lebih sistematik dan mampu berdaya saing seiring dengan arus pendidikan hari ini.
Driving and empower the University's agenda towards holistic excellence
As a centre of excellence and strategic management transformation and university ranking
- Pejabat Naib Canselor merupakan nadi penggerak kepada pentadbiran UniSHAMS. Justeru, secara umumnya berfungsi sebagai Pejabat Ketua Eksekutif dan Ketua Perkhidmatan yang bertanggungjawab dalam memastikan segala perancangan, program dan dasar dilaksanakan dengan jayanya bertepatan dengan objektif, misi dan visi universiti.
- Berperanan dalam mempengerusikan Mesyuarat dan Jawatankuasa Universiti peringkat atasan seperti Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi, Mesyuarat Senat, Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih, Cuti Belajar dan Kenaikan Pangkat, Ahli Jawatankuasa Perancangan dan Perkembangan Akademik, Jawatankuasa Perpindahan ke Kampus Tetap, Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan Dan Perkhidmatan, Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Dan Pembangunan serta ahli mesyuarat beberapa jawatankuasa peringkat negeri.
- Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan UniSHAMS (Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555), Naib Canselor hendaklah menjalankan pengawasan am ke atas segala perkiraan mengenai pengajaran, penyelidikan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib di dalam Universiti, dan boleh menjalankan apa-apa kuasa lain yang diberikan kepadanya oleh Perlembagaan ini, dan mana-mana statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan.