Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) dalam DUA (2) mata pelajaran; ATAU
Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid; ATAU
Lulus Diploma (Tahap 4, MQF) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50; ATAU
Lulus Asasi / Matrikulasi atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50; ATAU
Diploma dalam bidang Perakaunan (Level 4, MQF) atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50. Calon yang mendapat kurang dari 2.50 tetapi lebih dari 2.00 boleh diterima masuk tertakluk kepada penilaian yang teliti; ATAU
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tertakluk kepada kelulusan Senat Universiti / Lembaga Akademik; ATAU
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dalam bidang Perakaunan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 tertakluk kepada kelulusan Senat Universiti / Lembaga Akademik; ATAU
Memiliki Diploma Lanjutan (Tahap 5, MQF) dalam Perakaunan atau bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50; ATAU
Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara serta diperakui oleh Kerajaan Malaysia.
DAN SATU (1) kepujian dalam:
Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara; ATAU
Calon yang lulus Matematik di peringkat SPM perlu mengambil mata pelajaran peningkatan Mataematik yang setara dengan peringkat SPM. Matematik pengukuhan perlu ditawarkan pada semester pertama atau sebelum pendaftaran dengan tawaran tanpa syarat.
Nota:
Matematik pengukuhan dan Bahasa Inggeris boleh menyumbang kepada kredit bergraduat secara keseluruhan.
Pelajar dari Matrikulasi / Asasi atau yang setaraf dengannya boleh dikecualikan daripada mengambil Matematik pengukuhan dan Bahasa Inggeris, dengan syarat Matematik dan Bahasa Inggeris yang ditawarkan pada peringkat program tersebut adalah setara / lebih daripada Matematik dan Bahasa Inggeris yang ditawarkan pada peringkat SPM
**Semua maklumat yang dikemukakan adalah tertakluk kepada perubahan**