Skip to main content

Kunjungan Hormat Human Resource Development Corporation (HRD Corp)

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 3 Mei 2023 : UniSHAMS pada hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Human Resource Development Corporation (HRD Corp) bertempat di Pejabat Pendaftar, UniSHAMS.

    Dalam kunjungan ini, satu perbincangan ringkas berkaitan Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) yang akan dianjurkan oleh HRD Corp pada 22 - 28 Mei 2023 turut dibincangkan.

    Hadir sama dalam majlis ini ialah barisan Pengurusan Tertinggi, Pengarah Bahagian Keurusetiaan & Urus Tadbir serta pegawai Pejabat Pendaftar.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan