Skip to main content

Persidangan Prehospital Administrative and Disaster (PADCON) 2024

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟯𝟬 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Persidangan Prehospital Administrative and Disaster (PADCON) 2024, anjuran bersama Kulliyyah Sains Perubatan & Kesihatan, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) dan The Malaysian College of Emergency telah berlangsung dengan jayanya, bertempat di Raia Hotel & Convention Centre pada 20 dan 21 Mei 2024.
     
    Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din, yang hadir mewakili YAB Menteri Besar Kedah. Turut hadir pada persidangan kali ini adalah Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa yang menjalankan tugas Naib Canselor, Dr. Fatahul Laham Mohamed, Dr. Mohd Zaki Fadzil Senek, Prof. Madya Dr. Harif Fadzilah Che Hashim, Dekan Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif serta pegawai akademik dan pentadbiran UniSHAMS.
     
    Persidangan kali ini yang bertemakan ‘Pioneering Excellence in Prehospital Care and Disaster Response’, telah berjaya menarik minat lebih 314 orang peserta dari kalangan ahli akademik, profesional kesihatan, paramedik, syarikat farmaseutikal, agensi kerajaan, Bomba, serta pertubuhan NGO. Persidangan dua hari ini juga melibatkan 47 pembentangan yang membantu para peserta untuk memahami kesiapsiagaan dalam menghadapi situasi bencana dan kecemasan. Para peserta turut didedahkan dengan cabaran, jenis-jenis bencana alam, serta kaedah perubatan kecemasan yang berkaitan.
     
    Penganjuran persidangan kali ini dilihat menjadi platform terbaik dalam usaha untuk memperkasakan jaringan kerjasama secara berterusan, dalam aktiviti penyelidikan dan penerbitan, serta membuka peluang kolaborasi strategik di antara penyelidik, profesional perubatan & kesihatan serta pegawai-pegawai dari industri perubatan.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan