Program Kesihatan & Kecergasan Fizikal Bersama Warga Kerja UniSHAMS
| PRO UniSHAMS | Berita
๐ฎ๐ฌ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฟ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ | ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐๐ฒ๐๐ถ๐น - Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI), Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Pusat Sukan telah menganjurkan Program Kesihatan & Kecergasan Fizikal bersama warga kerja Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโadzam Shah (UniSHAMS), yang berlangsung dengan jayanya bertempat di Kompleks Sukan.
ย
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Dr Rohani Desa hadir menyempurnakan program tersebut. Warga kerja UniSHAMS yang terdiri dari kalangan staf Akademik dan Pentadbiran hadir memeriahkan program dengan menyertai acara-acara seperti Futsal, Bola Jaring, Badminton, Bola Tampar, Ping Pong dan Tarik Tali. Hadiah dan cabutan bertuah turut disediakan untuk para pemenang.
ย
Penganjuran program ini merupakan inisiatif pihak UniSHAMS dalam usaha untuk membudayakan gaya hidup sihat serta memupuk semangat kebersamaan di kalangan warga kerja UniSHAMS.