UniSHAMS Terima Sumbangan Terkumpul RM20,000 Untuk Penganjuran Kejohanan SUPTIM Ke-20 Tahun 2024
| PRO UniSHAMS | Berita
๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ | ๐๐๐น๐ถ๐บ - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโadzam Shah (UniSHAMS) amat berbesar hati menerima sumbangan terkumpul berjumlah RM20,000 untuk penganjuran Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia (SUPTIM) Ke-20 yang bakal membuka tirai bermula pada 11 hingga 14 Februari 2024.
ย
Wakil UniSHAMS iaitu YM. Raja Zulkhairil Ikram Raja Adzhar, Pegawai Belia dan Sukan hadir pada majlis penyerahan sumbangan yang telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah & Tanah Kulim pagi ini.
ย
Pada majlis tersebut, YBrs. Tn Haji Mohd Zaini Haji Ramli, Pegawai Daerah Kulim telah menyampaikan sumbangan Pejabat Daerah & Tanah Kulim, serta menyaksikan penyampaian sumbangan seterusnya oleh Majlis Perbandaran Kulim dan 1st Resources Sdn. Bhd. kepada wakil UniSHAMS.
ย
UniSHAMS amat bertuah kerana mendapat komitmen dan sokongan yang tinggi daripada agensi luar, dalam usaha untuk memastikan pelaksanaan Kejohanan SUPTIM Ke-20 berjalan dengan sebaiknya. Kali terakhir UniSHAMS menjadi Tuan Rumah Kejohanan SUPTIM adalah pada tahun 2006, iaitu hampir 18 tahun yang lalu.
ย
Pihak UniSHAMS masih mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan daripada Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Swasta dan Korporat untuk tampil membantu bagi memberikan sokongan dalam menjayakan penganjuran Kejohanan SUPTIM Ke-20, yang melibatkan penyertaan lebih 758 orang atlit dan pegawai dari kalangan 13 buah IPT Islam yang bertanding.
ย
Pihak UniSHAMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pejabat Daerah & Tanah Kulim, Majlis Perbandaran Kulim dan 1st Resources Sdn. Bhd. serta mendoakan agar Allah SWT sentiasa merahmati dan memberikan ganjaran yang berganda kepada semua pihak yang tampil dalam memberikan sumbangan.