Majlis Penyerahan Kenderaan Rasmi Naib Canselor
| PRO UniSHAMS | Berita
Kuala Ketil, 21 Mac 2023- Majlis ringkas penyerahan kenderaan rasmi Naib Canselor telah berlangsung dengan jayanya di Lobi Utama, Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, UniSHAMS.
Â
Penyerahan kenderaan di bawah seliaan Unit Pengangkutan, Bahagian Pembangunan & Penyenggaraan telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi & Jaringan Industri dengan gimik penyerahan replika kunci kepada YBhg. Naib Canselor. Turut hadir menjayakan majlis ini adalah barisan Pengurusan Eksekutif dan staf UniSHAMS.
Â
Di kesempatan ini juga, YBhg. Naib Canselor turut menerima jersi UniSHAMS Staff FC yang telah disampaikan oleh wakil pasukan.