Mesyuarat Institusi Pengajian Tinggi Milikan Kerajaan Negeri (IPTN) BIL. 1/2023
| PRO UniSHAMS | Berita
Kuantan, 17 Mac 2023 -Â Naib Canselor UniSHAMS telah menghadiri Mesyuarat Institusi Pengajian Tinggi Milikan Kerajaan Negeri (IPTN) Bil. 1/2023 bertempat di Dewan Senat, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS), Kuantan, Pahang.
Â
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Naib Canselor dan Rektor serta wakil-wakil daripada pelbagai Institut Pengajian Tinggi milikan kerajaan negeri daripada seluruh Malaysia.
Â
Pelbagai agenda yang dibincangkan dalam usaha untuk pembangunan IPTN di Malaysia selain mengeratkan hubungan kerjasama antara IPTN di Malaysia.
Â
Hadir sama, Dr Rohani binti Desa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Tuan Haji Mohd Fahmi Sheikh Omar, Pendaftar UniSHAMS.