Skip to main content

Pusat Strategik & Penarafan Institusi

  • Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
    09300 Kuala Ketil
    Kedah

  • Tel: +60 4-499 1183

  • Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pengenalan

Pusat Strategik dan Penarafan Institusi (Pusat SPI) pada asalnya dikenali sebagai Unit Perancangan Strategi Institusi (Unit PSI) dan telah diwujudkan pada 1 Jun 2020 di bawah pejabat Naib Canselor.

Objektif utama unit ini ditubuhkan adalah untuk pembentukan Pelan Strategik Universiti 2021 – 2035. Pada April 2021, pengurusan Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia SETARA telah diserahkan sepenuhnya di bawah unit PSI bagi merancang, menyemak dan menambahbaik penarafan SETARA.

Manakala, pada 1 Januari 2022, unit PSI telah dinaik taraf sebagai Pusat Strategik dan Penarafan Institusi (Pusat SPI) bagi memperkasakan SETARA, pelan strategik UniSHAMS 2021-2035 dan ditambah dengan fungsi menyelaras sistem e-IPTS dan audit universiti.

Dibawah pandu arah Pusat SPI UniSHAMS, terdapat lima (5) tonggak utama strategik yang merangkumi Tonggak Kecemerlangan Akademik, Tonggak Kecemerlangan Pelajar, Tonggak Kelestarian Kewangan, Tonggak Kelestarian Institusi, dan Tonggak Tadbir urus yang baik. Fungsi 5 tonggak utama ini adalah sebagai pemacu dalam memastikan perancangan dan hala-tuju UniSHAMS lebih sistematik dan mampu berdaya saing seiring dengan arus pendidikan hari ini.

Visi

Sebagai pusat kecemerlangan dan transformasi pengurusan strategik serta penarafan Universiti

Misi

Memacu dan memperkasakan agenda Universiti ke arah kecemerlangan yang holistik

Objektif
  1. Memudahcara dan memantau pelaksanaan serta pencapaian pelan strategik
  2. Menguruskan penyediaan laporan prestasi pelan strategik
  3. Menjadi wadah pemikir kepada pembangunan pelan strategik universiti
  4. Menyelaraskan dan mengklasfikasikan gred pencapaian pelan strategik
  5. Menyelaraskan pengurusan penarafan Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia SETARA, e-IPTS dan audit universiti

Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan