Skip to main content

Pejabat Naib Canselor

  • Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
    09300 Kuala Ketil
    Kedah

  • Tel: 04-415 5002  Fax: 04-415 5050

  • Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pejabat Naib Canselor merupakan tunjang dan nadi kepada pentadbiran UniSHAMS. Pejabat Naib Canselor juga menjadi pusat kepada semua perancangan, pembangunan dan pemantauan yang dilaksanakan oleh UniSHAMS sama ada dalam konteks pentadbiran mahupun akademik.

Fungsi Jabatan
  1. Pejabat Naib Canselor merupakan nadi penggerak kepada pentadbiran UniSHAMS. Justeru, secara umumnya berfungsi sebagai Pejabat Ketua Eksekutif dan Ketua Perkhidmatan yang bertanggungjawab dalam memastikan segala perancangan, program dan dasar dilaksanakan dengan jayanya bertepatan dengan objektif, misi dan visi universiti.
  2. Berperanan dalam mempengerusikan Mesyuarat dan Jawatankuasa Universiti peringkat atasan seperti Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi, Mesyuarat Senat, Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih, Cuti Belajar dan Kenaikan Pangkat, Ahli Jawatankuasa Perancangan dan Perkembangan Akademik, Jawatankuasa Perpindahan ke Kampus Tetap, Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan Dan Perkhidmatan, Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Dan Pembangunan serta ahli mesyuarat beberapa jawatankuasa peringkat negeri.
  3. Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan UniSHAMS (Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555), Naib Canselor hendaklah menjalankan pengawasan am ke atas segala perkiraan mengenai pengajaran, penyelidikan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib di dalam Universiti, dan boleh menjalankan apa-apa kuasa lain yang diberikan kepadanya oleh Perlembagaan ini, dan mana-mana statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan.

Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan