Skip to main content

Pusat Jaminan
Kualiti

  • Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
    09300 Kuala Ketil
    Kedah

  • Tel :+6 04-415 5092

  • Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pengenalan

Pusat Jaminan Kualiti (PJK) ditubuhkan pada 24 November 2011. Penubuhan PJK adalah selaras dengan syor MQA supaya UniSHAMS menubuhkan Pusat Jaminan untuk memastikan Sistem Jaminan Kualiti UniSHAMS lebih terancang dan berkesan. PJK sentiasa berusaha mengamalkan nilai murni iaitu kepimpinan, profesionalisme dan berintegriti bagi memastikan Sistem Jaminan Kualiti Akademik Universiti berkesan serta sistematik.

Kata Aluan Pengarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pusat Jaminan Kualiti (PJK) ditubuhkan pada 24 November 2011. Penubuhan PJK adalah selaras dengan syor MQA supaya UniSHAMS menubuhkan Pusat Jaminan Kualiti (Quality Assurance Division) untuk memastikan Sistem Jaminan Kualiti UniSHAMS lebih terancang dan berkesan .
Dalam usia semuda ini dan kebertanggungjawaban yang begitu besar untuk menyelaras dan memantau Kitaran Kualiti UniSHAMS, PJK telah melakar landasan kukuh dengan mewujudkan dua (2) potfolio iaitu Unit Pengajaran dan Pembelajaran dan Unit Perancangan ISO dan Inovasi.Untuk memastikan Sistem Jaminan Kualiti Universiti berkesan serta penambahbaikan secara berterusan dilakukan, PJK sentiasa berusaha mengamalkan nilai murni(shared values)iaitu Kepimpinan, Profesionalisme dan Berintegriti.
Demi meningkatkan Sistem Jaminan Kualiti UniSHAMS, PJK sentiasa berusaha dan komited serta menjadikan misi PJK sebagai satu entiti bebas yang berperanan menilai dan mengkaji program-program akademik ke arah mencapai kecemerlangan melalui penyebaran, penerokaan dan proses Islamisasi ilmu untuk menghadapi cabaran semasa dan terus melangkah ke hadapan sebagai Universiti Pilihan Utama.

Pengarah
Pusat Jaminan Kualiti

Visi

Bertanggungjawab dan meneraju jaminan kualiti akademik

Misi

Menjadi pusat yang menilai dan mengkaji program-program akademik ke arah mencapai kecemerlangan melalui penyebaran, penerokaan dan proses Islamisasi ilmu untuk menghadapi cabaran semasa.

Objektif
  1. PJK hendaklah merangka pelan perancangan jaminan kualiti akademik tahunan yang menenuhi keperluan Kementerian Pengajian Tinggi/ Agensi Kelayakan Malaysia dan pemegang tahun yang lain secara strategik dan menyeluruh untuk kelulusan bajet.
  2. PJK hendaklah mengurus secara bijak pelan jaminan kualiti akademik berdasarkan bajet tahunan.
  3. PJK hendaklah melaksanakan aktiviti jaminan kualiti akademik yang telah diluluskan berdasarkan pelan tahunan secara kreatif dan sistematik.
  4. PJK hendaklah sentiasa peka dalam memantau aktiviti jaminan kualiti akademik agar sentiasa kekal relevan dengan situasi semasa.
Bahagian
  1. Bahagian Dokumentasi Jaminan Kualiti (QA) dan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS)
  2. Bahagian Audit Dalam Akademik dan Penyemakan Kendiri
  3. Bahagian Pengurusan Pentadbiran, Kewangan & Aset

Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan