Skip to main content

Unit Audit 
Dalam

  • Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
    09300 Kuala Ketil
    Kedah

  • Tel :+6 04-4155006/ 5007

  • Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Audit dalam merupakan satu fungsi bebas yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan mempertingkatkan tahap kecekapan organisasi.

Unit Audit Dalam akan menjadi penilai bebas dan akan membuat penilaian bagi pengurusan dan pengurusan kewangan. Penilaian dibuat berupa kawalan pengurusan untuk mengukur dan menilai kekesanan kawalan-kawalan tertentu.

Visi

Memberi perkhidmatan audit dan khidmat nasihat yang terbaik bagi memantapkan mutu dan kualiti pengurusan universiti.

Misi

Melaksanakan pengauditan secara bebas dan profesional ke arah melahirkan pengurusan yang berkesan dan efisien.

Objektif
  1. Objektif Audit Dalam adalah untuk menentukan samada peraturan-peraturan yang berkaitan dengan kewangan, pengurusan dan kawalan dalaman Kolej Universiti Insaniah dipatuhi sejajar dengan arahan dan peraturan yang berkuatkuasa.
  2. Audit Dalam juga berperanan dalam kawalan pengurusan yang berkaitan dengan kaedah-kaedah yang sebaik-baiknya di dalam penggunaan semua sumber iaitu kewangan, tenaga manusia dan lain-lain.
  3. Audit Dalam juga memainkan perana penting dalam usaha untuk menghindari daripada berlakunya perkara-perkara diluar batas undang-undang serta ketetapan-ketetapan yang telah ditentukan.

Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan