Skip to main content

Pusat Pengurusan
Akademik

  • Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
    09300 Kuala Ketil
    Kedah

  • Tel :+6 04-4155054  Fax : 04-415 5048

  • Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pengenalan

Pusat Pengurusan Akademik bertanggungjawab dalam mengendalikan segala urusan berkaitan pengurusan akademik, penjadualan kelas, urusan berkaitan dengan sistem akademik yang melibatkan pelajar dan pensyarah serta menjadi sekratariat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Akademik Universiti. Jabatan ini diketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh seorang timbalan pengarah dan tiga ketua unit. Unit-unit yang ada di jabatan ini adalah

  1. Unit Kemasukan dan Rekod
  2. Unit Penjadualan, Pengajaran dan Pengkuliahan
  3. Unit Peperiksaan dan Graduasi
Tugasan Utama Setiap Unit

Unit Kemasukan Dan Rekod

  • Menguruskan semua perkara yang berkaitan kemasukan pelajar.
  • Memastikan Pemilihan dan Penawaran permohonan kemasukan dengan telus dan mengikut syarat kemasukan yang diluluskan MQA dan Universiti.
  • Menguruskan semua perkara yang berkaitan Pendaftaran pelajar baru.
  • Menguruskan rekod pelajar.
  • Urusetia mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan kemasukan dan rekod.
  • Urusetia program-program yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Akademik.


Unit Penjadualan, Pengajaran dan Pengkuliahan

  • Memantau proses penawaran kursus oleh kulliyyah dan pusat pengajian.
  • Mengemaskini maklumat struktur pengajian program.
  • Memantau proses pendaftaran / tambah dan gugur kursus pelajar.
  • Pemantauan operasi akademik (tangguh, tarik diri, tukar program, aktivasi, daftar subjek dan lain-lain).
  • Memantau perjalanan kuliah dan kehadiran pelajar.
  • Mengurus dan mengemaskini status pelajar melebihi tempoh pengajian.
  • Memantau data dan maklumat untuk penjanaan jadual kelas.
  • Memantau Penjanaan Jadual Pengajian oleh Pihak Kulliyyah.
  • Memantau jadual yang digunakan supaya tidak berlaku pertindihan.
  • Penyediaan dan penjanaan jadual peperiksaan akhir semester.


Unit Peperiksaan dan Graduasi

  • Menjadi urusetia Mesyuarat Majlis Peperiksaan
  • Menjadi urusetia Jawatankuasa Kecurangan Akademik
  • Menguruskan Peperiksaan Akhir Pelajar
  • Menguruskan Peperiksaan Gantian
  • Menguruskan Peperiksaan Khas
  • Menguruskan Taqwim Akademik Dan Kalendar Aktiviti
  • Menguruskan Permohonan Pemindahan/Pengecualian Kredit
  • Menguruskan Graduasi Pelajar
Objektif
  1. Memastikan keberkesanan pengurusan berkaitan pembangunan akademik, peperiksaan dan graduasi lebih efektif dan efisyen.
  2. Memastikan urusan pengambilan dan kemasukan pelajar mematuhi syarat piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  3. Memastikan proses penilaian pelajar dikawal dari segi kualiti, kerahsian, keselamatan dan keaslian.
  4. Memastikan pihak berkepentingan berpuashati dengan mutu perkhidmatan yang disediakan.

Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan