Skip to main content

Jabatan
Bendahari

  • Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
    09300 Kuala Ketil
    Kedah

  • Tel :04 415 5000  Fax : 04-415 5038

  • Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pengenalan

Jabatan Bendahari diwujudkan sejak penubuhan Institusi Agama Islam pada tahun 1995. Ianya di tadbir oleh seorang Pembantu Tadbir pada ketika itu. Pada 01 Jun 1996 ia telah dilantik sebagi Bendahari dan dibantu oleh dua (2) orang Pembantu Tadbir. Bendahari bertanggungjawab mentadbir dan menjaga hal ehwal kewangan Kolej Universiti dan bertanggungjawab terus melaporkan status kewangan Kolej Universiti kepada Pegawal Kewangan iaitu Rektor dan Lembaga Pengarah.

Justeru Bendahari telah menyemak semula fungsi utama ketika itu untuk dibaikpulih dari segi Pengurusan Aset, Bajet, Perolehan, Akaun, Pembayaran, Gaji dan Akaun Pelajar.

Selaras dengan perkembangan akitiviti Institusi, Jabatan Bendahari telah berkembang dan fungsinya telah bertambah, termasuklah Pengurusan Tabung Pinjaman Kenderaan dan Perumahan, Tabung Amanah serta Pentadbiran. Setelah Institusi telah menjadi sebuah Kolej Universiti pada tahun 2006, aktiviti yang sedia ada terus dikekalkan.

Penambahan staf terus berkembang sejajar dengan perkembangan aktiviti Kolej Unversiti dengan peningkatan staf dari tiga (3) orang kepada dua puluh empat (24) orang staf pada masa kini. Fungsi jabatan dan sumbangan staf ke arah memantapkan perjalanan pentadbiran Kolej Universiti secara berterusan supaya menjadi lebih efektif dan cemerlang perlu terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa.

Objektif
  1. Menjana pendapatan dan menyediakan sumber kewangan yang mencukupi untuk membiayai pengurusan dan pembangunan universiti
  2. Menentukan sumber kewangan di belanjakan mengikut had yang diluluskan oleh Pengurusan Tertinggi Universiti serta mengikut akta, dasar dan peraturan kewangan universiti yang telah ditetapkan;
  3. Memperakaunkan semua transaksi kewangan seperti mana yang diperuntukan oleh akta, dasar dan peraturan kewangan universiti
  4. Memberi Perkdimatan Pengurusan Kewangan kepada pihak yang berkepentingan (stakeholder)

Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan