Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah
Email:
Pejabat Strategi & Komunikasi Korporat sentiasa berusaha ke arah menjadikan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) sebagai institusi pengajian tinggi pilihan dengan menyebar luas informasi serta menonjolkan kemampuan dan keunikannya yang tersendiri.
Kita akan sentiasa membuka ruang kerjasama kepada semua pihak agar matlamat dan cita-cita kolej ini berjaya direalisasikan demi kepentingan generasi akan datang.
Menjadi nadi utama dalam pembentukan UniSHAMS sebagai pusat penerokaan ilmu dan kebijaksaaan peringkat nasional dan antarabangsa
Menyerlah nilai dan keunikan UniSHAMS melalui komunikasi berkesan dan pengurusan yang professional.
Menjalankan usaha meningkatkan imej dan mengharumkan nama Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) melalui pemasaran, kesentaraan, dokumentasi, penerbitan serta komunikasi korporat yang dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan komited sejajar dengan perkembangan universiti di arus perdana pendidikan Negara.