Skip to main content

Bahagian Teknologi Maklumat

  • Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
    09300 Kuala Ketil
    Kedah

  • Tel: 04-415 5110

  • Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pengenalan

Bahagian Teknologi Maklumat yang dahulunya dikenali sebagai Unit IT telah ditubuhkan pada 16 Jun 1998. Pada awal penubuhannya, berfungsi sebagai Pusat Komputer yang lebih memfokuskan perkhidmatan pengkomputeran untuk kakitangan dan pelajar memandangkan penggunaan IT tidak begitu meluas pada masa itu. Namun begitu, pentadbiran Pusat Teknologi Maklumat merangkumi pelbagai aspek seperti menguruskan hal berkaitan ICT di UniSHAMS sama ada daripada keperluan perisian, perkakasan dan infrastruktur malah perancangan masa depan ICT UniSHAMS.

Kata Aluan Pengarah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya memberikan sepatah dua kata di dalam laman web Bahagian Teknologi Maklumat, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) yang baharu ini.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Datang” kepada semua pengunjung laman web Bahagian Teknologi Maklumat ini.

Dengan kepesatan dan kemajuan teknologi, banyak proses dan operasi telah dapat dipermudahkan. Walaupun begitu, sekiranya teknologi digunakan dengan cara yang salah atau untuk tujuan yang salah, ia dapat memulakan “rantaian-kemusnahan” jika tidak dihentikan dengan segera. Oleh itu diharap para pengunjung dapat menggunakan wadah laman web ini sebagai satu medium penghubung yang efektif di antara pentadbiran Bahagian Teknologi Maklumat dengan warga kampus mahupun masyarakat umum. Bahagian Teknologi Maklumat akan berusaha untuk sentiasa mengemaskini, menyalurkan maklumat, serta membantu pengguna demi keselesaan semua.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua staf Bahagian Teknologi Maklumat yang telah berusaha keras untuk menyiap, menyenggara, dan mengemaskini laman web ini. Adalah diharapkan agar usaha-usaha ini akan mendatangkan hasil yang terbaik yang boleh disalurkan kepada seluruh warga kampus mahupun masyarakat umum.

Saya mengalu-alukan cadangan dan pandangan positif bagi memantapkan lagi kandungan laman web ini untuk manfaat semua pihak.

Sekian, terima kasih.

Visi

Memacu UniSHAMS ke arah pelaksanaan e-universiti.

Misi

Membangunkan perkhidmatan ICT melalui penyediaan infrastruktur maklumat dan ICT yang cekap dan berkesan.

Objektif
  1. Mewujudkan persekitaran e-universiti dalam menyokong aktiviti pentadbiran dan pengurusan, penyelidikan dan pembangunan, pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan struktur maklumat dan infrastruktur ICT yang cekap dan komprehensif.
  2. Menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dengan menyediakan kursus dan latihan yang berterusan.
Moto

Memperkasakan ICT

Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan