Skip to main content

Ijazah Sarjana Muda al-Quran dan Pengajian Qiraat dengan Kepujian

(R2/221/6/0103) (15/6/2026) (A9943)

Syarat Kemasukan

  1. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.00 daripada 4.00 dan sekurang-kurangnya DUA (2) kelulusan penuh, dan SATU (1) daripadanya dalam mata pelajaran yang berkaitan dengan Pengajian Islam; ATAU
  2. Lulus kelayakan yang setaraf dengan STPM seperti A-level, dengan syarat bahawa calon lulus sekurang-kurangnya SATU (1) subjek Pengajian Islam dalam kelayakan itu; ATAU
  3. Lulus program Matrikulasi atau kelayakan yang diiktiraf sebagai Asasi Pengajian Islam dengan mendapat PNGK minimum 2.00 daripada 4.00; ATAU
  4. Lulus dengan gred keseluruhan Maqbul dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); ATAU
  5. Diploma yang diiktiraf dalam Pengajian Islam atau yang setaraf dengan mendapat PNGK minimum 2.00 daripada 4.00.

**Semua maklumat yang dikemukakan adalah tertakluk kepada perubahan**

Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan