Skip to main content

Pusat Pengajian Asasi

Mengenai Pusat Pengajian Asasi

Pusat Pengajian Asasi ditubuhkan pada 1 Mac 2009 dan di awal penubuhannya, ia diketuai oleh seorang Dekan. Peranan utamanya adalah untuk menawarkan tiga program pra-Ijazah (Asasi) iaitu Program Asasi Pengajian Islam, Asasi Pengurusan dan Asasi Sains.

Dalam perancangan Koridor Utara, sektor pendidikan dan penyelidikan telah dikenal pasti di antara sektor-sektor yang akan diberikan fokus pembangunan. Sehubungan itu, dengan wujudnya Pusat Pengajian Asasi, pengembangan program-program baru di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) akan memberikan sumbangan yang penting kepada negeri Kedah dalam pembangunan tersebut. Lantas, ini akan meletakkan negeri Kedah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.

Selain itu, penawaran program-program asasi ini juga dapat memberi peluang kepada para pelajar lepasan SPM dan STPM dari sekolah-sekolah di wilayah utara khususnya yang berminat untuk meneruskan pengajian mereka di UniSHAMS. Dengan adanya program-program ini juga, UniSHAMS akan melahirkan graduan yang cemerlang, bertakwa dan berketerampilan melalui integrasi pendidikan berteraskan elemen profesional dan Islamisasi.

Kata Aluan Pengarah

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

Terima kasih kerana memilih Pusat Pengajian Asasi, UniSHAMS untuk memasuki gerbang pengajian tinggi. Pilihan yang tepat telah dilakukan kerana Pusat Pengajian Asasi telah membuktikan keupayaannya menghasilkan graduan peringkat Asasi yang berdaya saing di peringkat pra-siswazah.

Dengan tiga program yang ditawarkan dan telah mendapat pengiktirafan MQA jelas menunjukkan bahawa kesemua bidang ilmu adalah sangat penting dalam dunia serba moden ini. Garapan ilmu-ilmu naqliyyah dan aqliyyah dalam setiap program menjamin kualiti yang terbaik untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah.

Pusat Pengajian Asasi, UniSHAMS telah menggabungkan antara keunikan sukatan pengajian dan juga kualiti tenaga akademik yang berpengalaman dan berkebolehan juga kelengkapan prasarana pengajian dan penginapan bagi menjamin suasana pengajian yang kondusif.

Selamat datang diucapkan kepada mereka yang inginkan kecemerlangan akademik dan keunggulan sahsiah dan janji kami untuk tidak menghampakan harapan anda untuk berjaya.
Sekian, terima kasih.

Visi

Menjadi sebuah Pusat Pengajian Asasi yang unggul dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan dan berkompeten dalam pelbagai bidang berlandaskan nilai-nilai Islamiah yang menjadi teras di dalam pendidikan UniSHAMS.

Misi

Mencapai tahap pendidikan yang cemerlang dan berpotensi membina generasi yang berjaya dalam pelbagai bidang.

Objektif
  • Menyediakan pelajar untuk kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda di dalam pelbagai jurusan Pengajian Islam, Pengurusan dan Teknologi dengan memperkasakan pelajar di dalam bidang-bidang yang berkaitan.

  • Penguasaan dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

  • Memberi laluan terpantas dan terbaik untuk mengikuti program-program di peringkat Ijazah.

Hubungi Kami

  • Pusat Pengajian Asasi
  • +60 11 3501 2029
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Atau Hubungi

  • Siti Rohani Abdul Rahman
  • Penyelaras Program (API)
    Pusat Pengajian Asasi
  • +60 11 6244 7253
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Nurhidayah Ahmad Hassan
  • Penyelaras Program (ASC)
    Pusat Pengajian Asasi
  • +60 14 800 8303
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Nur Fadlina Mat Dali
  • Penyelaras Program (ASP)
    Pusat Pengajian Asasi
  • +60 12 624 8044
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Carta Organisasi

Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan