Skip to main content

Kasih Ramadhan Bersama Alumni Insaniah

| Administrator | Berita
    KUALA KETIL, 23 Mei 2018 - Persatuan Alumni INSANIAH dengan kerjasama Masjid Al Rahman, Pantai Cicar telah mengadakan program Kasih Ramadhan bertempat di perkarangan Masjid Al Rahman.
    Program berbentuk penyerahan sumbangan barangan makanan asasi ini dimulakan dengan solat asar secara berjemaah dan disusuli dengan penyerahan sumbangan kepada 10 keluarga terpilih dari kalangan mereka yang kurang berkemampuan.
    Empat keluarga hadir menerima bantuan dalam satu majlis ringkas di perkarangan masjid sebelum urusetia bersama Imam Masjid Al-Rahman kemudiannya bergerak menyampaikan sumbangan dari rumah ke rumah
    Menurut pengerusi alumni, Ustaz Shauqi Arshad, “ matlamat program adalah untuk mempromosikan Persatuan Alumni INSANIAH dengan tema “Alumni INSANIAH Peduli” disamping membuka peluang untuk persatuan menyantuni masyarakat yang berhampiran dengan Kampus Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah”, katanya.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom