Kunjungan Hormat Naib Canselor UniSHAMS ke Atas Ketua Pegawai Eksekutif LZNK
| PRO UniSHAMS | Berita
𝟭𝟬 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗦𝗲𝘁𝗮𝗿 - Delegasi Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) yang diketuai oleh Naib Canselor, Prof. Dr Mohd Amy Azhar Dato’ Haji Mohd Harif telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), petang ini.
Satu sesi perbincangan telah diadakan berkenaan cadangan usahasama secara strategik di antara UniSHAMS dan LZNK dalam pembangunan pendidikan asnaf di negeri Kedah Darul Aman, serta peluang-peluang kolaborasi lain untuk tujuan pembangunan ummah.
Pada pertemuan ini juga, Naib Canselor UniSHAMS telah menyampaikan surat tawaran pelantikan Profesor Adjung, Kulliyyah Syariah & Undang-Undang kepada YBhg. Dato’ Sheikh Zakaria Othman, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, bagi melaksanakan keputusan Lembaga Pengelola Universiti.
Delegasi kali ini turut disertai oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Dekan Kulliyyah Syariah & Undang-Undang, Pengarah Canselori dan Pegawai UniSHAMS.