Skip to main content

LAWATAN PENANDA ARAS KUALITI

| PRO UniSHAMS | Berita
    KUALA KETIL: 16 Oktober – Pusat Strategi dan Jaminan Kualiti (PSJK), Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim (UniSHAMS) menerima kunjungan dari 20 orang kakitangan Institut Pendidikan Guru (IPG) Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

    Lawatan berkisar tentang aktiviti dan sistem penanda aras kualiti yang telah dijalankan di UniSHAMS. Agenda lawatan dimulakan taklimat daripada Timbalan pengarah II PSJK, Encik Mohamad Fazali Ghazali mengenai pengurusan perkhidmatan dan pendidikan bagi tujuan perkongsian professional. Para pengunjung dibawa ke Perpustakaan UniSHAMS sebelum sesi bergambar.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom