Skip to main content

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPM) SESI 2018/2019

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL, 17 Januari 2019 - Barisan Kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Sesi 2018/2019 Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) hari ini menerima watikah pelantikan dalam majlis penyerahan watikah yang disempurnakan oleh Rektor UniSHAMS, Prof. Dr. Md. Amin Bin Abdul Rahman al-Jarumi.

    Seramai 24 anggota Exco yang dipilih dalam pilihanraya UniSHAMS baru-baru ini diketuai Presiden MPM UniSHAMS, Alif Syafiq Bin Abd Rahim, semester 3 Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang. Majlis diadakan di Bilik Santapan, Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah yang dihadiri oleh Timbalan Rektor, Pengarah Jabatan dan kakitangan UniSHAMS.

    Pihak pentadbiran UniSHAMS melahirkan keyakinan terhadap keupayaan dan meletakkan harapan yang tinggi kepada anggota MPM yang baru dilantik untuk bersama mengharumkan nama UniSHAMS. Selain itu, MPM juga diharap menjadi perantara yang berkesan untuk pelajar dan pengurusan serta memainkan peranan dalam usaha melahirkan mahasiswa memiliki kemahiran insaniah yang tinggi.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom