Skip to main content

PROGRAM BERIMAGINASI BERSAMA”SCRATCH”

| PRO UniSHAMS | Berita
    SUNGAI PETANI – Satu program khidmat masyarakat iaitu Program Berimaginasi Bersama  ”Scratch” anjuran pelajar Khidmat Masyarakat (6) Kumpulan 2 2018/Dis Pusat Pengajian Umum (PPU) Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) dengan kerjasama Sekolah Rendah Al-Islah, Sungai Petani.  

    Program diadakan pada 21 Februari 2019 bertempat di Makmal Sekolah Rendah Al-Islah, Sungai Petani. program melibatkan seramai 20 peserta yang terdiri daripada murid-murid tahun 5. Program bermula seawal 9.00 pagi hingga 11.30 tengah hari dengan slot 1 iaitu Taklimat Aplikasi Scracth yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Hilal Muhamad, Pensyarah Kulliyyah Muamalat dan Sains Pengurusan dan slot 2 : Latihan Dalam Kumpulan (LDK). 

    Penasihat program, Hadijah Johari, “Program ini amat penting kepada pelajar kerana mereka dapat mengaplikasikan kemahiran dan tanggungjawab sosial dalam kehidupan seharian serta dapat membantu para pensyarah, guru-guru dan para pelajar meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi juga menyemai minat dan membudayakan aktiviti secara berkumpulan dalam proses pengajaran dan pembelajaran,”katanya.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom