Skip to main content

PENDAFTARAN PELAJAR BARU PERUBATAN (MBBS) UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL: 17 September 2019 – Sesi pendaftaran pelajar tahun 1 bagi Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah diadakan di Pusat Khidmat Setempat Pelajar (OSSC).

    Kulliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan menerima 40 pelajar baru bagi sesi kemasukan 2019/2020 bagi sesi pengambilan pelajar baru kali ini. Selesai pendaftaran akademik dan kediaman, sesi taklimat waris dan pelajar turut diadakan. Selain itu, pelajar mengikuti pengisian Program Suai Kenal yang bertemakan Ukhwah Pemangkin Kecemerlangan yang telah dikendalikan oleh pihak Kulliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan.

    Menurut Dekan Kulliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan, Prof Dr. Mohd Jamil Bin Yaacob “Proses pendaftaran kali ini berlangsung dalam suasana yang teratur dan lancar dengan bantuan daripada pengurusan dan urus setia bagi memastikan sebarang keperluan atau informasi dapat disalurkan dengan tepat kepada ibu bapa dan pelajar mendaftar. Kita sentiasa bersedia membuat penambahbaikan lagi di masa akan datang”, katanya.

    “Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum”, diucapkan kepada semua pelajar baru.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom