Skip to main content

ABADA SEHARI DI UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL: 09 Oktober 2019 – UniSHAMS telah menerima kunjungan seramai 100 pelajar dan guru-guru dari Institut Pendidikan Islam dan Tahfiz Al-Quran (ABADA) dalam satu jaulah mahabah yang bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan pembelajaraan di Institusi Pengajian Tinggi kepada pelajar-pelajar.

    Pengisian lawatan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Saiful Adli, Penolong Pendaftar Kanan UniSHAMS dan sesi taklimat UniSHAMS disampaikan oleh Pegawai Pejabat Strategi dan Komunikasi Korporat, Encik Muhamad Hanafi Bin Masri. Usai taklimat, rombongan telah dibawa ke Kulliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan dan perpustakaan. Pelajar dan guru-guru turut diberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan UniSHAMS.

    Sesi bersama Kulliyyah Usuluddin dan Sains Al-Quran telah diadakan pada sebelah petang bagi memberikan penerangan berkaitan program-program Pengajian Islam yang ditawarkan di UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom