Skip to main content

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL – Kontinjen Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) akan menyertai temasya sukan kakitangan IPTS Malaysia, “MASISWA Networking Games 2019” di Yayasan Sabah, Kota Kinabalu Sabah bermula 31 Oktober sehingga 4 November 2019. Majlis penyerahan bendera kontinjen UniSHAMS telah diadakan di Dewan SENAT, Bangunan Canselori UniSHAMS pada 29 Oktober 2019.

    Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Naib Canselor UniSHAMS, Prof Dr Shamsul Jamili Bin Yeob. Selain itu, kontinjen UniSHAMS turut menerima baju dan jaket kontinjen. Seramai 30 pegawai dan atlet akan menggalas cabaran pada temasya kali ini dengan penyertaan empat acara utama iaitu sukan futsal, bola jarring, tenpin bowling dan petanque.

    YBhg. Naib Canselor menyeru agar para pegawai dan atlet dapat memberikan persembahan terbaik di samping mengambil peluang ini untuk membina dan memelihara jaringan yang baik di kalangan IPTS yang bertanding. Seluruh warga UniSHAMS mengucapkan selamat maju jaya.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom