Skip to main content

UniSHAMS JUARA JUALAN TERTINGGI DAN TEMPAT KETIGA DALAM PERTANDINGAN RISDA-KEDAH HALAL FEST SALES CHALLENGE 2019

| PRO UniSHAMS | Berita

    KEDAH - Unit Keusahawanan, Kebolehpasaran dan Latihan Industri (UKKLiS), UniSHAMS bertanding bagi 57 penyertaan sempena Pertandingan Kedah Halal Fest Sales Challenge 2019 yang melibatkan 3 IPT antaranya ialah UUM, KPTM, dan IKM, pada 26 Oktober 2019.

    Mahasiswa Kulliyyah Hospitaliti dan Seni Kreatif, UniSHAMS menyertai Program keusahawanan ini anjuran Bumiputera E-Traders Association (BeTA) dengan kerjasama RISDA merupakan program Sales Challenge terbesar di Malaysia apabila ianya melibatkan 233 penyertaan, yang memerlukan mahasiswa untuk berhadapan dan berkomunikasi dengan pelanggan bagi memasarkan 13 produk bumiputera yang terpilih. Kumpulan yang membawa nilai jualan tertinggi akan diangkat sebagai Juara Jualan Tertinggi sekaligus membawa naik nama IPT masing-masing.

    UniSHAMS telah diumumkan sebagai Juara Jualan Tertinggi yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1000 dan trofi serta memenangi tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM300. Peserta UniSHAMS mencatat nilai jualan sebanyak RM9,051.00 sepanjang program RISDA-KHF Sales Challenge yang berlangsung selama 2 hari. Tahniah diucapkan kepada peserta dan pensyarah yang terlibat  atas usaha, nasihat dan komitmen yang ditunjukkan. “Kami datang dengan harapan, Kami pulang dengan KEJAYAAN”. Syabas!

    Sustaining Knowledge Through Wisdom