Skip to main content

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SK TAMAN RIA, PADANG SERAI KE KULLIYYAH BAHASA ARAB

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL – Seramai 80 orang murid dan 8 orang guru pengiring dari Sekolah Kebangsaan Taman Ria, Padang Serai, Kedah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kulliyyah Bahasa Arab, UniSHAMS pada 14 November 2019.

    Program yang berlangsung selama sehari dengan pelbagai acara dan aktiviti yang disediakan adalah bertujuan untuk memupuk rasa gemar dan cinta terhadap Bahasa Arab di kalangan murid-murid yang akan memasuki alam sekolah menengah pada tahun hadapan. Keistimewaan utama program ini adalah penglibatan beberapa orang Pensyarah Antarabangsa, dari negara Mesir yang bertindak sebagai mentor. Ini merupakan satu pendedahan baru kepada murid-murid yang sebelum ini hanya belajar asas Bahasa Arab melalui guru-guru tempatan.

    Acara penutupan telah diserikan dengan kehadiran Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Ria iaitu Puan Rosnah Binti Hamzah yang turut menyatakan rasa gembira dan sokongan beliau terhadap program seumpama ini, dan berharap ianya dapat dijalankan lagi pada masa-masa yang akan datang.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom