Skip to main content

COVID 19: OPS HANTAR PULANG 60 PELAJAR SABAH

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 27 Mei 2020 - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) meneruskan proses penghantaran pulang mahasiswa/wi ke kampung halaman, lanjutan dari perutusan khas Perdana Menteri berkaitan kelonggaran membenarkan mahasiswa/wi Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) pulang ke kampung.

    Ops Hantar Pulang Pelajar UniSHAMS kali ini melibatkan pelajar berasal dari Sabah. Terdahulu, kesemua 60 orang pelajar dan Pegawai Pengiring telah menjalani proses saringan dan disahkan sihat oleh Pegawai Kesihatan Kuala Ketil, Kedah Darul Aman, pada 19 Mei 2020. Seramai 60 orang pelajar Sabah dan pegawai pengiring iaitu Kapt (B) Abdul Halim Ahmad, Encik Liwauddin Abu Bakar dan Encik Muhammad Farid Ahmad telah bertolak ke KLIA jam 5:00 pagi tadi dengan menaiki 3 buah bas.

    Seluruh warga UniSHAMS mendoakan agar semua urusan penghantaran pulang mahasiswa/wi terlibat dapat dilaksanakan dengan selamat, serta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut AidilFitri kepada semua mahasiswa/wi UniSHAMS. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom