Skip to main content

PROGRAM RAUDHATUL ILMI DAERAH BALING

| PRO UniSHAMS | Berita

    BALING - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) hari ini telah menganjurkan Program Raudhatul Ilmi Daerah Baling yang julung-julung kali diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Mu’adzam Shah (UniSHAMS).

    Perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, Yang Berhormat Brigedier Jeneral (B) Dato' Haji Najmi Haji Ahmad bertempat di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Kuala Ketil di sini, hari ini.

    Program ini diadakan bertujuan untuk mengupas lebih lanjut berkenaan dengan kitab-kitab dan ceramah yang diadakan juga boleh dikongsi ilmu pengetahuan berkenaan Islam bersama-sama.

    Menurut Yang Berhormat, program seumpama ini dapat menerapkan pembudayaan ilmu dikalangan pelajar universiti milik kerajaan negeri ini serta masyarakat dan dalam masa yang sama lebih banyak program seperti ini akan dijalankan di universiti ini.

    “Saya sangat berterima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) dan agensi-agensi lain yang terlibat dalam menjayakan program ini dengan baik dan sempurna.

    “Memandangkan kita menghadapi Pandemik Covid-19 kini, maka kita menghadkan jumlah tetamu yang hadir dan jika pandemik ini dapat dikawal sepenuhnya maka saya mencadangkan agar lebih banyak program seumpama ini diadakan di sini,” katanya.

    Program ini diadakan sebanyak dua sesi oleh dua penceramah, Ustaz Thoriq As Shiddiq Che Ahmad (Pengajian Tafsir Nurul Ihsan) dan Ustaz Zubair Abdul Rahman (Pengajian Sirah Nabawiyyah).

    Sustaining Knowledge Through Wisdom