Skip to main content

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN CELCOM KEPADA UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    14 Julai 2021: Malaysia Relief Agency dan Celcom Axiata Malaysia Berhad telah berbesar hati untuk menyampaikan barangan keperluan asas kepada mahasiswa yang masih terkandas di asrama serta rumah sewa berdekatan kampus.
     
    Sumbangan diterima oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Dr. Rohani Desa mewakili pihak pengurusan tertinggi universiti. “Pihak universiti sangat berterima kasih kepada penyumbang yang turut mengambil berat keadaan pelajar-pelajar yang terkandas. Dengan aktiviti seperti ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama kerjasama yang lebih akrab kepada universiti dengan pihak luar”, katanya. Barangan yang berikan merupakan keperluan asas seperti air mineral, biskut, pelitup separuh muka dan sebagainya.
     
    Majlis ini turut dihadiri oleh sebilangan wakil Malaysia Relief Agency dan Celcom Axiata Malaysia Berhad dan kakitangan universiti. Majlis penyampaian diadakan pada jam 11.00 pagi dengan SOP yang ketat di lobi canselori.
     

    Sustaining Knowledge Through Wisdom