Skip to main content

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-64

| PRO UniSHAMS | Berita
    Perutusan Naib Canselor UniSHAMS
    Profesor Dr. Asmadi Mohamed Naim
    SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-64
     
    Assalamu‘alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera.
     
    Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurniaNya, kita dapat meraikan Hari Kebangsaan bagi kali yang ke-64 pada tahun ini. Kedatangan Islam telah membawa erti kemerdekaan yang sebenar. Islam mengajar manusia untuk mengabdikan diri semata-mata kepada Allah SWT.
     
    Kemerdekaan yang dibawa oleh Islam ialah apabila kita meletakkan pergantungan kepada Allah SWT, tidak terikat dengan tarikan dunia dalam melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Kita merdeka daripada belenggu nafsu dan syaitan yang sering mengajak kita kepada kemungkaran. Pada konteks kemerdekaan sesebuah negara, kemerdekaan sebenar apabila negara yang kita uruskan terbebas daripada belenggu penjajahan fizikal, mental atau budaya. Kejayaan kita dalam mencapai kemerdekaan, mengekalkan dan mengisi kemerdekaan sehingga kini adalah hasil semangat perjuangan yang tinggi rakyat negara ini.
     
    Kita sebagai rakyat Malaysia, kita perlu sentiasa menyokong penuh dasar dan program kerajaan yang bertujuan memelihara semua aspek-aspek penting dalam diri manusia seperti agama, nyawa, akal, harta dan keturunan.
     
    Sebagai contoh, dalam usaha kita menghadapi ancaman Pandemik Covid-19 ini. Langkah-langkah pencegahan termasuk pengawalan tempat awam termasuk pasaraya, sekolah, masjid dan surau adalah berdasarkan prinsip menjaga nyawa dalam Maqasid Syariah.
     
    Kita rakamkan penghargaan kepada barisan hadapan (frontliners) seperti para doktor, jururawat, pasukan keselamatan termasuk juga staf UniSHAMS yang telah bertungkus-lumus berusaha mengawal penyebaran Pandemik Covid-19.
     
    Semoga usaha murni ini diberi ganjaran yang besar dari Allah Subhanahuwata’ala. Kemerdekaan sebenar ialah menurut Firman Allah Subhanahuwata’la yang bermaksud: “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” (Surah Al-Dzariyat: ayat 56).
     
    Akhir sekali, saya menyeru kepada semua masyarakat diluar untuk menjaga diri masing-masing. Kurangkanlah untuk berada di luar rumah kecuali keperluan yang mendesak. 
     
    Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64
    ‘Malaysia Prihatin’.
     
    Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom