Skip to main content

NAIB CANSELOR SANTUNI PETUGAS DAN SUKARELAWAN PPV UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    16 Oktober 2021 - Hari terakhir pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UniSHAMS setelah tiga bulan beroperasi dalam menyediakan kemudahan hampir 30 ribu penduduk di Kuala Ketil dan sekitarnya.

    Profesor Dr. Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAMS telah meluangkan masa melawat PPV, bagi meraikan para petugas barisan hadapan dan sukarelawan yang masih berjuang hingga lewat petang semalam. Diiringi oleh Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, UniSHAMS, Dr. Khairullizam Sapari yang turut disertai oleh Puan Rosliza Hamzah dan pegawai khas UniSHAMS.

    Terima kasih dari pihak UniSHAMS kepada semua pihak terlibat sejak dari awal penubuhan pusat operasi sehingga hari terakhir semalam. Tahniah dan syabas semua.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom