Skip to main content

MISI BANTUAN MANGSA BANJIR UniSHAMS KE LEMBAH KLANG 2021

| PRO UniSHAMS | Berita
    HULU LANGAT – Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah telah melancarkan misi bantuan banjir ke Lembah Klang yang bertempat di Sungai Lui bagi meringankan beban masyarakat disana.

    Misi bantuan ini melibatkan 36 orang sukarelawan yang terdiri daripada staf dan mahasiswa UniSHAMS yang telah menjalani saringan kesihatan mengikut “Prosedur Operasi Standard” (SOP) yang ditetapkan oleh MKN bagi memastikan keselamatan kesemua sukarelawan dan komuniti setempat. Selain aktiviti bantuan membersihkan rumah dan kawasan persekitaran mangsa banjir dilakukan, sebanyak RM 5120.00 hasil sumbangan kutipan dari Badan Kebajikan Staf UniSHAMS turut disalurkan dalam membantu mangsa.  

    Mahasiswa UniSHAMS bersama sukarelawan Kerajaan Negeri Kedah berkampung bermula 25 sehingga 27 Disember 2021 dalam misi bantuan kali ini. Semoga dengan bantuan ini dapat memberikan motivasi dan menguatkan lagi kecekalan dan semangat mangsa-mangsa dalam menghadapi dugaan.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom