Skip to main content

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERAKUAN NAIK TARAF DAN PELANTIKAN KETUA KPB

| PRO UniSHAMS | Berita
    03 Januari 2022 - Majlis Penyerahan Watikah Perakuan Naik Taraf Dan Pelantikan Ketua Kulliyyah/Pusat/Bahagian (KPB) telah berlangsung di pejabat Naib Canselor,UniSHAMS.

    Naib Canselor YBhg. Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim telah menyampaikan watikah kepada tiga orang pegawai dalam satu majlis ringkas anjuran Pejabat Pendaftar. Majlis ini telah menyaksikan pelantikan Dr. Rahayati Ahmad sebagai Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Dr Syahiza Arsad sebagai Pengarah Pusat Strategik Dan Penarafan Institusi dan Dr. Nadia Mushida Abd Azzis sebagai Penasihat Undang-Undang berkuatkuasa bermula 1 Januari 2022.

    Naib Canselor dalam ucapannya memberikan kata-kata semangat dan panduan sepanjang menjalankan tugas yang telah diberikan. “Pelantikan ini adalah satu amanah yang perlu dijaga.Sebagai pemegang amanah kita perlulah melaksanakan dengan penuh kesungguhan dan mengharapkan agar ianya boleh menjadi asbab hadirnya barakah dalam urusan harian kita. Menjadi hasrat warga UniSHAMS melalui pelantikan ini dapat menambah baik beberapa aspek antaranya untuk menaikkan semula bintang SETARA dan MyRA universiti”, katanya.

    Turut hadir bersama menyaksikan majlis ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif dan Dr. Mukhamad Hadi Musolin Subagio, Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom