Skip to main content

KUNJUNGAN HORMAT KE PTPTN

| PRO UniSHAMS | Berita

    04 Februari 2022, Kuala Lumpur – Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Prof Dr. Asmadi Mohamed Naim telah mengetuai delegasi UniSHAMS mengadakan kunjungan hormat ke Menara Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Kunjungan tersebut disambut oleh YBhg. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PTPTN, En. Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Pegawai Operasi (COO) PTPTN,  Puan Mastura binti Mohd Khalid, Ketua Pegawai Kewangan PTPTN, En. Azhar bin Ahmad, dan Pengurus Besar Kanan PTPTN, Pn. Umikalsom binti Mohd Yusoh.

    Delegasi UniSHAMS turut disertai oleh YBrs. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Dr. Rohani binti Desa, Pengarah Pusat Pengurusan Akademik, En. Zulhazlin bin Abbas, dan Ketua Unit Penajaan, En. Mohamad Alif Azreen bin Shafie@Hassan.

    Kunjungan ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua pihak serta mengadakan perbincangan mengenai julat urusan pinjaman PTPTN di UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom