Skip to main content

Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia 2024 Kali Ke-7 (WCIT 2024)

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟮𝟵 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗜𝗽𝗼𝗵 - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah menyertai Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia 2024 Kali Ke-7 (WCIT 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen, Casuarina Hotel Meru.
     
    Persidangan antarabangsa ini telah disempurnakan dengan limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
     
    Persidangan dianjurkan oleh Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak, berlangsung selama tiga hari ini dan bertemakan “Together We Stand : Muslims dan Global Humanity'.
     
    Turut hadir adalah Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad serta tetamu kehormat dari dalam dan luar negara.
     
    Wakil UniSHAMS dihadiri oleh Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa yang menjalankan tugas Naib Canselor, Pendaftar dan Pengarah Canselori.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom