Skip to main content

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Naib Canselor UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟮𝟱 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗦𝗲𝘁𝗮𝗿 - Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah, merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola Universiti telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Naib Canselor baharu Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), yang diadakan di Wisma Darul Aman tengahari ini.
     
    Pelantikan Naib Canselor baharu UniSHAMS, Prof. Dr Mohd Amy Azhar Dato’ Haji Mohd Harif akan berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2024. Majlis ini turut disaksikan oleh Yang Berhormat Dr Haim Hilman Abdullah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengelola Universiti.
     
    Turut hadir pada majlis tersebut adalah Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, yang menjalankan tugas Naib Canselor, barisan Ahli Jawatakuasa Pengurusan Eksekutif dan Pegawai UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom