UniSHAMS Terima ๐ฅ๐ ๐ด๐ฎ,๐ฑ๐ฌ๐ฌ Dana Usahawansiswa , Program UNIpreneur Bank Rakyat 2024
| PRO UniSHAMS | Berita
๐ฎ๐ฏ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ | ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐๐๐บ๐ฝ๐๐ฟ - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโadzam Shah (UniSHAMS) berbesar hati menerima jemputan sebagai rakan kolaborasi bagi menjayakan Program UNIpreneur Bank Rakyat 2024 untuk kali keempat berturut-turut, sejak tahun 2021.
ย
Unit Keusahawanan & Pengesanan Graduan (UKPeG), berjaya menghantar penyertaan seramai 25 orang pelajar Usahawansiswa Asnaf UniSHAMS pada tahun ini, yang menerima dana RM3,000 untuk setiap orang pelajar. Manakala, dana tambahan sebanyak RM7,500 turut diberikan kepada UKPeG bagi tujuan pelaksanaan program pembangunan keusahawanan, yang menjadikan jumlah dana terkumpul mencecah RM82,500.
ย
Majlis Perasmian RAKYATpreneur & UNIpreneur Bank Rakyat 2024 telah disempurnakan oleh YB. Dato' Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Wakil UniSHAMS dihadiri oleh TImbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Dr Rohani Desa dan Pn. Rushda Hadzira Ismail, Ketua UKPeG, Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP).
ย
Warga UniSHAMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Bank Rakyat di atas keprihatinan memilih UniSHAMS sebagai antara penerima dana usahawan ini.