Skip to main content

Program Kesihatan & Kecergasan Fizikal Bersama Warga Kerja UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—™๐—ฒ๐—ฏ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI), Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Pusat Sukan telah menganjurkan Program Kesihatan & Kecergasan Fizikal bersama warga kerja Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS), yang berlangsung dengan jayanya bertempat di Kompleks Sukan.
    ย 
    Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Dr Rohani Desa hadir menyempurnakan program tersebut. Warga kerja UniSHAMS yang terdiri dari kalangan staf Akademik dan Pentadbiran hadir memeriahkan program dengan menyertai acara-acara seperti Futsal, Bola Jaring, Badminton, Bola Tampar, Ping Pong dan Tarik Tali. Hadiah dan cabutan bertuah turut disediakan untuk para pemenang.
    ย 
    Penganjuran program ini merupakan inisiatif pihak UniSHAMS dalam usaha untuk membudayakan gaya hidup sihat serta memupuk semangat kebersamaan di kalangan warga kerja UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom