Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) UniSHAMS-UNIDHA
| PRO UniSHAMS | Berita
๐ฏ๐ฌ ๐๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ | ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐๐ฒ๐๐ถ๐น - Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโadzam Shah (UniSHAMS) dan Universitas Dharma Andalas (UNIDHA) telah berlangsung dengan jayanya, pagi ini.
ย
Majlis tersebut diadakan secara dalam talian menyaksikan MoU ditandatangani oleh YBhg. Prof. Dato' Dr Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor dan YBrs. Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa sebagai wakil UniSHAMS, manakala pihak UNIDHA diwakili oleh YBrs Dr. Tesri Maideliza, Wakil Rektor 1 dan disaksikan oleh Tuan Yang Terutama H. Mahyeldi Ansharullah, Gabernur Pemerintah Provinsi Sumatera Barat (SUMBAR), Indonesia.
ย
MoU yang dimetrai ini diharapkan dapat membina jaringan kerjasama yang erat di antara kedua buah institusi khususnya dalam hal berkaitan mobiliti pelajar dan tenaga pengajar. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif serta ketua KPB UniSHAMS.