Kunjungan Hormat Sempena Pelaksanaan Program Distinguished Lecture Series Anjuran Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan
| PRO UniSHAMS | Berita
๐ฏ๐ฌ ๐ก๐ผ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ | ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐๐ฒ๐๐ถ๐น - Yang Berbahagia Naib Canselor, Prof. Dato' Dr Asmadi Mohamed Naim pagi ini menerima kunjungan hormat Prof. Dato' Sri Dr. Abu Hassan Asaari Abdullah, Perunding Kanan dalam Traumatologi & Pembedahan Ortopedik sempena pelaksanaan program Distinguished Lecture Series, anjuran Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan Unishams MBBS.
ย
Turut hadir pada sesi pertemuan tersebut adalah Prof. Dr. Mohd Jamil Yaacob, Profesor Universiti dan Prof. Madya Dr. Mohd Faudzi Abdullah, Timbalan Dekan Klinikal & Hal Ehwal Pelajar, Kulliyyah Perubatan & Sains Kesihatan.
ย
Program Distinguished Lecture Series bertajuk "Code of Professional Conduct" kemudiannya, telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Eksperimen UniSHAMS.