Majlis Penyerahan Zakat Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Bagi Tahun 2022
| PRO UniSHAMS | Berita
๐ฏ๐ญ ๐ข๐ธ๐๐ผ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ | ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐๐ฒ๐๐ถ๐น โ Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโadzam Shah (UniSHAMS) hari ini menerima kunjungan delegasi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) untuk Majlis Penyerahan Zakat Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bagi tahun kewangan 2022.
ย
Delegasi BIMB terdiri daripada En. Mohamad Saidin Hj. Ismail (Pengurus Deposit Korporat Kedah/Perlis), Pn. Fathin Hamimah Mokhtar (Pengarah Perhubungan Pelanggan Negeri Kedah/Perlis) dan En. Mohammad Ismawee Ismail (Pengurus BIMB Sungai Petani) tiba di perkarangan Lobi Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Razak pada jam 12:00 tengahari dan disambut oleh Yang Berbahagia Prof. Dato' Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor serta Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif (JPE) UniSHAMS.
ย
Satu sesi lawatan ke Galeri Tuanku Canselor diadakan sebelum delegasi dibawa ke Bilik Mesyuarat Utama untuk sesi penyerahan zakat. Naib Canselor dalam ucapannya mengalukan kedatangan para delegasi serta merakamkan setinggi ucapan terima kasih kerana UniSHAMS terpilih sebagai antara penerima zakat.
ย
Sesi penyerahan zakat BIMB bagi tahun kewangan 2022 berjumlah RM20,000.00 telah disampaikan oleh Pengarah Perhubungan Pelanggan Negeri Kedah/Perlis kepada Naib Canselor UniSHAMS. Zakat BIMB ini akan diuruskan oleh Bahagian Hasil & Endowmen, Pejabat Bendahari dengan kerjasama Pusat Hal Ehwal Pelajar dan akan disalurkan kepada para mahasiswa/wi UniSHAMS berdasarkan kriteria kelayakan seperti yang telah ditetapkan.
ย
Bantuan-bantuan kewangan seumpama ini akan dapat membantu pihak UniSHAMS dalam memberikan kemudahan kewangan tambahan dan mengurangkan beban para mahasiswa/wi, khususnya mereka dari kalangan asnaf.