Mesyuarat Pembukaan Audit (Audit ISO 21001: 2018 SPOP/EOMS, Peringkat Pertama)
| PRO UniSHAMS | Berita
๐ฎ๐ฌ ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ | ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐๐ฒ๐๐ถ๐น - Mesyuarat Pembukaan (Entrance Meeting) bagi Audit ISO 21001:2018 SPOP/EOMS, Peringkat Pertama telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Senat, Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโadzam Shah (UniSHAMS). Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain yang mewakili Naib Canselor UniSHAMS.
ย
Sementara itu, Ketua Audit SIRIM QAS International Sdn. Bhd. iaitu Pn. Maznah Mat Isa telah memberikan penerangan berkaitan proses-proses pengauditan dan semakan dokumen yang akan dilaksanakan bermula pada 20 hingga 21 September 2023 dan akan dibantu oleh Sekretariat iaitu Pusat Jaminan Kualiti, UniSHAMS.
ย
Mesyuarat Pembukaan Audit ini turut dihadiri oleh barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif, Dekan Kulliyyah, Pengarah Pusat dan Pegawai UniSHAMS.